'Siti Munirah bukan kawan baik saya' - Shila Amzah nafi rapat dengan penyondol bapanya



Adik kepada penyanyi Shila Amzah, Syada Amzah menafikan kehadiran ibunya, Fauziah Sarman ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi pada 3 April lalu untuk memfailkan perceraian terhadap suaminya, ND Lala. 


Memetik laporan Harian Metro, Syada memohon orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi ruang kepada mereka sekeluarga untuk menyelesaikan secara dalaman terlebih dahulu. 


"Tidak semestinya apa yang orang sangkakan itu benar. Kehadiran ibu saya ketika itu bukan bertujuan untuk menfailkan penceraian. Malah, saya sendiri sudah melihat surat yang dibawa pulang oleh ibu.


"Kes ini masih belum selesai, seperti saya katakan beri ruang kepada kami untuk mencari solusi bagi kemelut ini. Malah, kami sendiri belum mengetahui apa yang bakal berlaku pada masa akan datang.


"Setahu sejak dari tarikh 3 April lalu sehingga ke hari ini, ibu tidak menfailkan perceraian," katanya.


Syada bagaimanapun enggan memperincikan tujuan ibunya ke mahkamah baru-baru ini.


Sebelum ini, ND Lala dikaitkan dengan dakwaan kononnya berkahwin baharu dengan wanita yang jauh lebih muda daripada isterinya.


SHILA AMZAH NAFI SITI MUNIRAH RAKAN BAIKNYA


Sementara itu, Shila Amzah, menafikan wanita bernama Siti Munirah yang didakwa isteri baru bapanya, ND Lala itu adalah rakan baiknya. Walaupun dia mengenali wanita berkenaan sejak zaman persekolahan, tetapi dia tidak layak diberikan gelaran 'rakan baik'.


"Sudah tentu saya mengenalinya. Pada saya, tidak ada orang baik yang akan berkelakuan seperti itu. Saya tiada ucapan baik mahupun buruk kepadanya. Segala rasa untuk diberikan tidak memadai kepadanya sama ada sayang atau benci. Saya rasa dia tidak layak menerima apa saja rasa daripada saya," katanya.


Menurutnya lagi, dia dan rakannya itu memang rapat ketika bersekolah dan Siti Munirah sering tidur di rumah mereka.


"Dia selalu bercerita mengenai masalahnya kepada saya. Apabila dewasa pula kami memang sudah tidak begitu rapat kerana dia seorang yang suka menghilangkan diri.


"Saya anggap kami tiada persefahaman saja. Namun, dia lebih rapat dengan mak berbanding saya selepas tamat sekolah. Ini adalah realiti dan saya perlu perjelaskan kerana dia bukan kawan baik saya," katanya.


Shila berkata, dia percaya ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku terhadap keluarganya ketika ini.


Walaubagaimanapun, penyanyi yang popular dengan lagu Patah Seribu ini berkata, dia memberikan 100 peratus sokongan kepada ibunya, Fauziah Sarman dalam isu yang berlaku.


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/XKtLCPV
via IFTTT