Suami isteri maut, driver Myvi dipercayai mengantuk lalu termasuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan bas
Sepasang suami isteri maut, manakala anak mereka berusia 18 tahun cedera selepas Perodua Myvi yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas di Kilometer 21.8 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu, semalam, lapor Harian Metro.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Wan Mohd Zaki Wan Ismail berkata, kejadian itu berlaku pada jam 12.45 tengah hari yang menyebabkan pemandunya, Che Ku Yusoff Ali Che Ku Embong, 52, dan isternya, Siti Faridaf Ahmad, 46, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.
Anak pasangan berkenaan, Che Ku Batrisya, yang duduk di tempat penumpang hadapan, mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk mendapatkan rawatan.
Siasatan awal mendapati, kereta Perodua Myvi itu termasuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah bas yang membawa 27 penumpang dalam perjalanan dari arah Kota Bharu, Kelantan menghala ke Kuantan, Pahang.
"Jarak yang dekat menyebabkan pemandu bas berkenaan tidak sempat mengelak lalu menyebabkan kedua-dua kenderaan itu bertembung.
"Pemandu dan penumpang Perodua Myvi meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala 10 lagi mangsa termasuk penumpang hadapan Perodua Myvi dan pemandu bas cedera.
"Anak mangsa bersama pemandu serta seorang penumpang bas dihantar ke HSNZ untuk rawatan, manakala tujuh lagi mangsa yang lain dibawa k Hospital Setiu untuk pemeriksaan lanjut," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1997.
from The Reporter https://ift.tt/5Fwd0tq
via IFTTT