'Tak kesian ke dengan arwah ayah sampai sanggup buat dosa besar?' - Ustaz Ahmad Dusuki bidas kenyataan Alya Iman
Pelakon Nur Alya Iman Azmil beberapa hari lalu mendedahkan dia memilih untuk tidak lagi bertudung kerana enggan terus menipu para pengikutnya di media sosial.
Malah, anak perempuan kepada Allahyarham Azmil Mustapha itu berkata, dia lebih selesa tidak memakai tudung dan bersedia menerima segala apa kecaman netizen di media sosial.
"Inilah diri saya yang sebenar. Terpulang untuk menerma atau jika tidak suka pun tak mengapa.
"...memang lebih selesa tidak bertudung dalam kehidupan seharian. Kali ini saya sedar dan tidak mahu menjadi hipokrit serta terus membohongi semua orang," katanya.
Kenyataan Alya itu mengundang kejutan pelbagai pihak termasuklah Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani yang kemudian tampil membidas kenyataan tersebut.
"Tak kesian ke dengan arwah ayah yang soleh sampai sanggup buat dosa besar? Kenapa bila pergi kubur atau mahkamah syariah, kalian boleh menutup aurat?
"Kenapa saat kalian menjadi mayat, kalian ditutup aurat untuk menghadap Allah SWT? Tiba-tiba sekarang baru nak sebut tak nak digelar manusia hipokrit?
"Tak ada belaskah dalam dada kalian terhadap arwah ayah yang soleh itu sampai sanggup melakukan dosa besar ini?" katanya menerusi satu hantaran di Instagramnya semalam.
Sejak kebelakangan ini semakin ramai selebriti wanita beragama Islam yang selama ini memakai tudung memilih untuk tidak lagi menutup auratnya dengan alasan lebih selesa menjadi diri sendiri.
Tidak cukup dengan itu, ada pula suami yang mempertahankan isteri dengan memberikan alasan enggan memaksa dan meminta hal itu tidak diperbesarkan.
from The Reporter https://ift.tt/K3wm0DA
via IFTTT