'Apa yang berlaku, buat saya kian kenal ramai rakan suka tikam belakang' - Dato' Hattan



Penyanyi, Datuk Hattan lebih memilih untuk berdiam diri semenjak insiden yang lalu. Menerusi laporan Kosmo, Hattan berkata rentetan apa yang berlaku, beliau kini kian mengenali siapa kawan dan siapa lawan dalam industri.


“Saya tak nak cakap dengan sesiapa pun berhubung isu yang berlaku. Buat masa sekarang, begini sahajalah. Nanti ada masa, saya jemput kawan-kawan rapat makan, jumpa bersama.


“Apa yang berlaku tempoh hari buat saya kian kenal ramai rakan sebenarnya suka tikam belakang. Tapi tak mengapa.


“Kerjaya seni saya masih berjalan seperti biasa. Saya sibuk sekarang. Alhamdulillah. ‘Show’ macam ada walaupun isu yang berlaku,” katanya.


Dalam pada itu, Hattan juga menjelaskan kesihatan mentalnya okay sahaja. Dia juga akan membuat kenyataan setelah keadaan semakin reda.


“Nanti dah okey sikit, saya akan bagi kenyataan dan bertemu dengan kenalan-kenalan rapat yang saya percayai," katanya.


Terdahulu, nama Datuk Hattan menjadi sebutan hangat apabila tindakan beliau yang menempelak pembaca berita Astro Awani yang didakwanya tidak membuat kajian sebelum bertanyakan soalan.


Turut terkesan dengan insiden itu, isterinya Arianie Abidin yang menerima ugutan bunuh dan santau daripada individu yang tidak bertanggungjawab menerusi mesej di Instagram.


Sumber: Kosmo! Online



from The Reporter https://ift.tt/ETPaAQ7
via IFTTT