'Saya anggap itu karma, dulu dia mengata saya macam-macam kan' - Ifa Raziah ulas isu Dato' Hattan



Walaupun sudah beberapa hari isu membabitkan penyanyi Dato' Hattan dan juga pembaca berita sebuah televisyen, sehingga kini isu tersebut masih belum reda. Semakin ramai yang tampil memberikan pendapat mengenai kejadian itu.


Selebriti dan juga usahawan, Ifa Raziah tidak terkecuali mengulas isu tersebut menerusi live di TikTok. 


Kata Ifa, kesalahan tidak seharusnya ditujukan kepada pembaca berita sahaja, sebaliknya pihak penerbit juga antara individu yang dipertanggungjawabkan diatas insiden yang berlaku.


Bagaimanapun, dia yang pernah mengendalikan sebuah program hiburan selama lapan tahun sebelum ini tidak menafikan ada kalanya sebagai pengacara tidak terlepas daripada membuat silap.


"Tidak boleh nak salahkan pembaca berita kerana soalan-soalan yang disediakan datangnya daripada produser. Semuanya akan dimaklumkan menerusi ear piece yang pembaca itu pakai di telinga mereka.


"Saya cakap secara general memandangkan saya juga pernah menjadi pengacara untuk beberapa program selama lapan tahun.


"Kadang-kadang sebagai manusia kita tidak lari daripada buat silap, terlepas pandang. Produser juga perlu melakukan research juga, jangan harapkan pengacara. Pengacara juga perlu alert dengan isu-isu semasa," katanya.


Menurut Ifa lagi, kebiasaannya team produksi akan memberi penerangan terlebih dahulu kepada tetamu yang diundang atau ditemubual sebelum sesi rakaman atau siaran langsung. 


"Selalunya bila artis atau saya sendiri akan diinterview, pihak produser akan maklumkan terlebih dahulu, akan inform lebih awal. Produser tidak akan telefon main sebarang-sebarang sahaja.


"Produser akan tanya artis itu, sama ada sibuk atau tidak, free atau tidak sebab nak interview. Kalau artis tidak free waktu itu, mereka pasti tidak akan ganggu kita, dia akan cari artis lain," katanya.


Namun begitu, Ifa turut tidak bersetuju dengan tindakan Hattan yang bertindak sedemikian meskipun penyanyi itu sudah lama bertapak dalam industri.


"Mungkin waktu itu Datuk Hattan sedang bad mood, sebab kita tidak tahu apa situasi di rumahnya masa itu. Mungkin baru bangun tidur, sebab orang bangun tidur kan tengah mamai, baru lepas makan ubat ke.


"Bagaimanapun, cara Datuk Hattan menjawab tidak bolehlah begitu, biarpun pembaca itu budak baru. Macam mana pun, keadaan Datuk Hattan mungkin juga sedang bersedih ketika itu.


"Walaupun berpangkat Datuk dan orang hebat dalam industri tidak bolehlah macam itu kan, sebab mesti dah dimaklumkan akan disiarkan secara live di tv, kalau rekod boleh edit. Saya sebagai orang yang melihat insiden itu, ada salah pada kedua-dua pihak," jelasnya.


Dalam pada itu, Ifa sempat berseloroh dengan mengatakan insiden yang berlaku sebagai karma.


"Saya sebenarnya tak mahu ulas sangat isu pasal orang lain. Tapi saya anggap itu karma, dulu dia mengata saya macam-macam kan," katanya.


Sumber: TikTok Ifa Raziah, OhMyMedia



from The Reporter https://ift.tt/ur6D9y2
via IFTTT