Seakan sudah melupakan perkara yang berlaku, Shermine Hau-Ah Moi dilihat wanita yang sudah bangkit dari kesedihan.
Dia juga dilihat sering memuat naik aktiviti sehariannya kepada pengikut media sosialnya dengan begitu ceria.
Baru-baru ini Ah Moi memuat naik gambar dirinya berlatarbelakangkan pejabat. Dia juga mengenang kembali detik-detik ketika mengusahakan perniagaan itu sehinggalah dapat berpindah ke gudang yang lebih besar.
"Feel good kembali ke office. Memory kaw-kaw apabila dulu bayar deposit, fikir renovation macam mana.
"Masa tu masih sangat happy dapat pindah warehouse besar. Kadang-kadang rasa simple life best, orang takkan jadi tamak, kan," katanya.
Hantaran tersebut mengundang persoalan pengikutnya apabila sebelum ini dia mendedahkan dia sudah tidak mempunyai kaitan dengan perniagaan itu.
Tidak dapat dipastikan sama ada benar atau tidak, Ah Moi menjawab dia ke sana adalah bertujuan untuk merampas kembali pekerjanya, iaitu Teha atau lebih dikenali sebagai anak Dato'.
Rata-rata netizen pula menyokong tindakan Ah Moi untuk merampas kembali Teha dan mereka sangat sukakan gabungan serta gandingan Ah Moi dan Teha.
Sumber: Shermine
from The Reporter https://ift.tt/9273kS0
via IFTTT